Graf garis
Graf garis

Graf garis

Graf/Carta garis atau graf lengkung[1] ialah sejenis carta yang memaparkan maklumat sebagai satu siri titik data yang dipanggil 'penanda' yang disambungkan oleh segmen garisan lurus.[2] Ia adalah jenis carta asas yang lazim dalam banyak bidang. Ia serupa dengan plot taburan, tetapi titik ukuran disusun (biasanya mengikut nilai paksi-x) dan dicantumkan dengan segmen garis lurus. Graf garis sering digunakan untuk menggambarkan arah aliran dalam data pada selang masa - siri masa - oleh itu garisan sering dilukis mengikut kronologi. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai carta larian.